Apakah itu Unit Trust / Unit Amanah

Pengenalan

Unit trust atau unit amanah adalah suatu bentuk pelaburan bersama di mana sekumpulan pelabur melaburkan wang mereka ke pasaran saham atau dana-dana yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Maksudnya apabila anda melantik pengurus dana profesional, anda bukan melabur ke dalam syarikat pengurus dana profesional tersebut.

Sebaliknya anda laburkan duit anda ke dana-dana/saham yang diuruskan oleh syarikat pengurus dana profesional tersebut.

 

Senarai Syarikat Pengurus Dana Profesional

Berikut adalah senarai pengurus dana profesional di Malaysia;

 

Kenapa Melabur di Unit Trust / Unit Amanah?

Kerana modal permulaan yang kecil. Majoriti rakyat Malaysia mampu untuk melabur dalam unit trust / unit amanah. Selain itu, pelabur juga dapat diversify pelaburan mereka ke dalam beberapa aset yang berbeza.

Unit trust juga sangat liquid. Anda boleh jual semula unit dana pelaburan anda dalam masa yang cepat.

 

Macam Mana Pelabur Untung Dengan Unit Trust / Unit Amanah?

unit trust

Pelabur untung apabila ada kenaikan harga unit dana dan juga dividen. Berbeza dengan ASB, keuntungan ASB diagihkan dalam bentuk dividen dan bonus. Namun begitu, apabila anda melabur, tidak semestinya pelaburan anda akan untung.

Anda juga boleh mengalami kerugian apabila unit dana anda turun kurang dari harga pembelian.

Turun naik nilai harga unit dana ini bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan ekonomi semasa, kadar tukaran matawang, kadar interest,  dan kecekapan ahli korporat yang menguruskan aset-aset pelabur.

 

Di Mana Wang Anda akan Dilaburkan?

unit trust

Secara am, pelaburan unit trust / unit amanah anda yang diuruskan oleh  syarikat pengurus dana akan dilaburkan dalam aset-aset berikut;

  • Tunai
  • Ekuiti
  • Bond / sukuk
  • Komoditi
  • Hartanah

Dalam artikel seterusnya, saya akan terangkan tentang 4 jenis pasaran unit trust yang boleh anda pilih untuk mulakan pelaburan anda.

The post Apakah itu Unit Trust / Unit Amanah appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Apakah itu Unit Trust / Unit Amanah telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat
Whatsapp Saya