Cara Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar

Ruang Lingkup Tugas Perunding Hartanah

Indahnya kerjaya Perunding Hartanah ini (selepas ini dipanggil Real Estate Negotiator – REN) ialah sesuatu listing hartanah untuk dijual itu boleh dikongsi jual oleh dua ejen berbeza.  Samada sama atau berlainan agensi.  Berlainan sekali dengan industri lain, satu ejen boleh jual satu produk.  Hasil jualan itu beliau nikmati sendiri. Amat berbeza dengan ejen hartanah, dimana sesuatu listing itu boleh dijual oleh dua ejen berbeza, dan berita baiknya kedua-dua mereka akan mendapat komisyen jualan.  Dan ianya legal serta diperakui dalam industri hartanah.  Ia bukan jalan belakang.  Kerjasama jualan ini dipanggil Co Agency atau Co Broke.  (COA)

 

OK, cerita.

 

Lazimnya, ruang lingkup tugas seorang Perunding Hartanah adalah dalam 2 perkara :

  • Mencari Penjual yang ingin menjual atau menyewakan hartanah beliau.
    • Membuat lawatan untuk ambil gambar terkini dan gantung banner untuk jualan. Aktiviti ini kami namakan sebagai Inspection
    • Memberi khidmat nasihat kepada Penjual seterusnya memasarkan hartanah beliau sehingga terjual kepada Pembeli
  • Mencari bakal Pembeli yang ingin membeli atau menyewa hartanah
    • Membuat semakan terhadap kelayakan pembeli untuk belian hartanah.
    • Mengaturkan aktiviti lawatan hartanah yang ingin dibeli dan proses negosiasi harga. Aktiviti ini kami panggil Viewing
    • Menjadi pemudah cara untuk pembeli mendapatkan khidmat pembiayaan bank dan guaman.

Seseorang ejen itu kena membuat dua tugas diatas dalam setiap masa.  Namun apabila seorang Penjual ingin menjual hartanah beliau, sebagai REN yang kreatif dan ‘worksmart’ benda pertama yang anda harus lakukan adalah menghubungi rangkaian REN anda. Tidak kira dari internal team or external team.

Jika kebetulan hartanah yang ingin dijual oleh Penjual tersebut mempunyai bakal Pembeli dari ejen lain, maka disini wujudnya kerjasama menjual bersama yang kami panggil COA.  Dimana anda mewakili Penjual dan rakan ejen seorang lagi mewakili Pembeli.  Apabila hartanah tersebut berjaya terjual, komisyen akan split kepada dua antara dia dan anda.

Begitu juga sebaliknya, jika anda dihubungi oleh seorang Pembeli yang ingin membeli disesuatu kawasan.  Perkara pertama anda lakukan adalah menghubungi rangkaian ejen anda.  Manalah tahu jika ada diantara mereka yang mempunyai listing dikawasan yang anda cari.  Maka anda dan rakan ejen itu tadi akan ber-COA menjual hartanah tersebut, dimana anda mewakili Pembeli dan dia mewakili Penjual.  Sama seperti diatas, komisyen juga split kepada dua.

Namun jika anda seorang yang gigih dan bekerja kuat, melalui 1listing yang anda pegang, anda lah yang mencari Penjual yang ingin menjual dan anda juga yang mencari Pembeli untuk membelinya, maka komisyen dapat kepada anda sepenuhnya tanpa split dengan sesiapa.

OK, saya sudah tidak sabar ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang Kerjaya REN ni.  Berapa sebenarnya professional fees atau bahasa mudah, komisyen jualan REN ini?

 

Macam Mana Buat Duit Dengan Kerja Ni

Ini persoalan utama yang ditanya oleh semua orang yang ingin memulakan kerjaya REN ini.  Anda boleh menikmati pendapatan dari dua sumber :

 

Melalui Komisyen Jualan / Sewaan

Rata-rata agensi hartanah berdaftar akan memberikan komisyen permulaan sebanyak 3%.

 

OK, mari kita kira.

 

Jika anda berjaya menjual hartanah bernilai RM400,000 maka komisyen yang bakal anda kecapi adalah sebanyak RM12,000.  Jumlah ini akan dikongsi bersama dengan agensi dimana anda bernaung.  Dan percentage perkongsian itu pula bergantung kepada senioriti anda di agensi tersebut.  Katakan senioriti anda telah melayakan untuk menikmati 70% daripada jumlah komisyen tersebut, maka anda berhak menerima sebanyak RM8,400 untuk jualan sebuah hartanah bernilai RM400,000 tadi.

OK, cuba bayangkan pada bulan tersebut anda berjaya menjual 3 unit hartanah dengan harga diatas.  Bukankah komisyen jualan anda pada bulan tersebut mencecah jumlah RM25,000.  Berbaloi bukan ?

 

Melalui Referral Fee dari Peguam

Pendapatan ini kita anggap sebagai pendapatan sampingan.  Apabila anda refer Pembeli atau Penjual kepada mana-mana Peguam untuk beliau menguruskan proses seterusnya, mereka akan beri sedikit Referrel Fee.  Walaupun jumlahnya tidak besar seperti komisyen jualan, namun ianya tetap duit juga kan? Hehe

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat
Whatsapp Saya