Panduan Beli Rumah pada Tahun 2020

Umumnya, kita akan membeli rumah untuk dua tujuan iaitu :

  1. Tujuan Pelaburan. Akan dibuat sewaan samada perdahi atau serumah
  2. Tujuan duduk sendiri.

Kriteria dalam ataupun checklist yang perlu diperhatikan dalam menentukan tujuan pembelian itu, akan saya kupas dalam tulisan kemudian.  Pada kali ini, saya akan fokus dalam tajuk diatas, iaitu Panduan Beli Rumah pada Tahun 2020.

 

Ok, cerita.

 

Lazimnya pembiayaan bank di Malaysia adalah sebanyak 90% untuk rumah pertama.  Dengan kata lain, Pembeli harus menyediakan 10% deposit dalam bentuk cash dan boleh juga melalui pengeluaran Akaun 2 KWSP.  Namun, anda juga boleh memohon pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dimana, bank akan membiayai 100% pinjaman perumahan anda. Anda boleh baca disini.  Skim Rumah Pertamaku

Langkah pertama ialah anda seharusnya mengetahui had pembiayaan rumah anda.  Boleh periksa disini : Kelayakan Pinjaman Membeli Hartanah.  Setelah itu, anda boleh lah menghubungi mana-mana Perunding Hartanah Berdaftar untuk menyatakan hasrat anda Belian/ Sewaan Hartanah.  Mereka akan berusaha untuk mencari listing yang sesuai dengan bajet dan tujuan anda.

Pada hari viewing hartanah tersebut, jika anda berkenan dan puashati terhadap hartanah tersebut, sedikit deposit diperlukan sebagai tanda ‘lock’.  Ianya kita panggil sebagai Earnest Deposit sebanyak 3.18% daripada harga rumah.  Selepas itu, Perunding Hartanah tadi akan membantu anda untuk memohon pembiayaan di mana-mana bank dalam Malaysia.

Apabila jawapan pembiayaan anda telah terima dan pembiayaan anda tidak lulus, maka deposit 3.18% yang telah diletakan diawal proses tadi akan dipulangkan 100% sepenuhnya tanpa terusik sedikit pun oleh ejen tersebut.  Ianya adalah hak anda dan menjadi kesalahan untuk ejen ambil walaupun sedikit.  Namun jika pembiayaan anda berjaya, anda akan menandatangani Loan Agreement dihadapan Peguam Loan sebagai tanda setuju mengambil pembiayaan daripada bank tersebut.

Selepas itu, anda akan menandatangani Sale and Purchase Agreeement (pertukaran hak milik) dihadapan seorang Peguam lain yang kita namakan sebagai Peguam SNP.  Pada ketika ini, anda akan menjelaskan baki deposit daripada 10% tadi iaitu sebanyak 6.82%.  jumlah ini boleh anda jelaskan dalam bentuk cash atau pengeluaran Akaun 2 KWSP.

Selepas saja menandatangani SNP Agremeent tadi, biasanya tempoh selama 4bulan ke 8bulan untuk urusan selanjutnya.  Ia bergantung kepada jenis Pajakan hartanah tersebut dan beberapa faktor lain.  Biasanya Peguam SNP akan inform kepada anda selaku Pembeli jika proses menghampiri titik akhir.  Pada ketika selesai, Peguam SNP akan menghubungi anda untuk mengambil kunci rumah tersebut daripada beliau dan anda telah mula untuk membayar installment bulanan rumah tersebut.

Selamat menghias kediaman baru anda.  Yeah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat
Whatsapp Saya