Panduan Jual Rumah Zaman Gawat

Tidak dinafikan, ada dikalangan kita ingin menjual semula rumah yang sekian lama kita memiliki atas beberapa keperluan yang penting.  Sebagai contoh, untuk tujuan modal bisnes, pembiayaan anak ke menara gading, berpindah balik ke kampung atau mungkin sebagai modal tambahan untuk upgrade ke rumah yang lebih besar daripada sekarang ini.

Walaubagaimanapun, harus diingat bersama.  Proses menjual hartanah tidaklah semudah yang kita bayangkan.  Ia melibatkan beberapa akta dan prosedur yang perlu untuk kita mendapat nasihat dari orang yang berautoriti.  Sebagai contoh Perunding Hartanah berdaftar dan Peguam yang mahir.

Anda boleh memulakan proses jualan hartanah anda dengan menyemak nilai pasaran terkini.  Ini amat penting supaya anda dapat menjual hartanah pada harga yang betul agar ianya tidak menimbulkan masalah pada Pembeli dikemudian hari ketika dia ingin membuat pembiayaan bank terhadap belian hartanah anda.

Kebanyakan pakej pinjaman hanya beri margin 90% dari nilai pasaran dan bukannya harga tawaran dari Penjual.  Dengan kata lain, anda sebagai Penjual haruslah menyedari realiti dan tidak syok sendiri iaitu menjual setara atau mungkin dibawah sedikit dari nilai pasaran semasa.  Katakan nilai pasaran berharga RM200,000 dan anda bercadang menjual pada harga ini.  Amaun pembiayaan bank adalah RM180,000 (90%) dimana RM20,000(10%) ialah deposit yang pembeli bayar secara tunai ketika awal proses

Cuba bayangkan jika anda meletakan harga tawaran RM250,000, iaitu tidak mengikut nilai pasaran terkini.  Pembiayaan bank Pembeli hanya meluluskan RM180,000 (90% daripada nilai pasaran terkini) dan dia perlu topup dengan cash lagi sebanyak RM70,000.  Itu belum lagi campur dengan kos guaman Pembeli sekitar 5% daripada harga rumah.  Dengan kos cash yang besar seperti ini, sudah tentu Pembeli tidak akan meneruskan belian, dan rumah anda kekal tidak terjual sehingga tempoh yang lama.

 

Jadi, bagaimana cara nak semak harga pasaran rumah?

  1. Gunakan khidmat Semak Nilai Pasaran Terkini yang saya sediakan ni
  2. Tanya jurubank. Biasanya mereka susah nak layan, dek kerana kesibukan tugas harian mereka
  3. Semak dengan Perunding Hartanah Berdaftar.
  4. Lantik Penilai Profesional. Servis mereka bukan percuma, ada sedikit profesional fees akan dikenakan

 

Kos Jual Rumah

Ada tiga kos utama dalam penjualan hartanah.

  1. Cukai Hartanah (RPGT)
  2. Kos guaman
  3. Fi Agensi

Saya tidak bercadang untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai kos yang terlibat ini. Saya akan menulis pada posting akan datang.  Stay tuned ya.

 

Cara Nak Iklankan Rumah

Mari saya kongsikan sedikit tips emas untuk memudahkan rumah anda terjual dengan cepat dari biasa.

 

Touch up rumah anda

Semua orang sukakan kecantikan.  Dan pandangan pertama itu amat penting.  Oleh itu, anda boleh lakukan perkara ini pada peringkat awal :

Buang, simpan atau kemas barangan/ perabot yang tidak penting. Langkah ini amat penting bagi memastikan rumah nampak luas, besar dan seronok mata memandang.

Baikpulih kerosakan major yang mungkin mencacatkan pandangan dalam gambar

 

Ambil foto yang cantik

Foto yang cantik boleh ‘menangkap’ perhatian para pembeli seterusnya jatuh hati untuk meletakan Earnest Deposit tanda berminat untuk membeli.  Anda tidak perlukan kamera mahal, cukup kamera hp sudah memadai yang penting guna mode ‘wide angle’ dan selepas itu boleh edit dan touch up gambar tersebut menggunakan beberapa aplikasi percuma daripada Android.  Atau anda boleh juga meminta khidmat Perunding Hartanah untuk melakukan bahagian ini.

 

Guna medium pengiklanan yang viral

Umumnya, ada beberapa medium pengiklanan yang anda boleh gunakan:

  1. Mudah.my
  2. Propwall
  3. iProperty
  4. Property Guru

 

Gantung banner diluar rumah anda “Rumah Untuk Dijual”

Biasanya, Pembeli dari kawasan kejiranan juga berminat.  Mereka mungkin terdiri daripada kawan atau keluarga jiran anda yang datang berkunjung ke kejiranan anda.  Mungkin mereka jatuh hati apabila datang ke situ.  Ini suatu bonus pada anda.

Akan tetapi, perlu juga pertimbangkan satu perkara.  Situasi ini boleh dimanipulasi oleh orang yang berniat jahat terhadap rumah anda.  Mereka berlakon menjadi Pembeli dan menghubungi anda kononnya ingin melihat kawasan dalam rumah, tetapi ada niat jahat disebaliknya.  Kita tidak tahu kan.

Sebab itu, saya amat galakan anda menggunakan khidmat Perunding Hartanah berdaftar.  Pengalaman mereka dalam urusan hartanah boleh mereka gunakan dalam menapis manakah Pembeli yang betul-betul berminat atau tidak.  Boleh klik sini. Jualan Hartanah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat
Whatsapp Saya